Friday, April 30, 2010

Bersihkan blog yang dah bersawang..update..

Dah dekat 6 bulan aku x jenguk blog ni..byk hal personal yg membantutkan kerja update blog. Dan dah macam2 perkembangan pasal property yang aku perlu update untuk kongsi dengan korang dan sebagai rujukan aku sendiri di masa akan datang.

Sekarang ni ketiga-tiga property aku dah ada tenant.Jadi sekarang aku dah merasa pasif income hasil dari usaha sebelum ni.Memang berbaloi invest dalam property. Slow and steady.

Untuk flat low cost kat bukit jalil, tenant aku tu baik orangnya.Tinggal 2 beradik. Pernah sekali jer dia minta bayar sewa lewat.Tapi takde la lewat sangat. Biasanya dia bayar setiap 7 haribulan. Tapi ada sekali tu dia mintak bayar 15 haribulan. OK jer sebab dia tak mungkir janji. Kontrak sewa selama setahun dari November 2009 hingga October 2010. Aku akan terus kekalkan sewa kalau dia nak renew kontrak nanti. Tenant macam ni kena jaga baik2. Aku cadang nak hold unit ni lebih lama sebab ini freehold dan aku rasa area bukit jalil ni akan cepat naik. Deretan shoplot berdekatan Bukit Jalil Golf Club tu akan menarik ramai peniaga. Nampak gaya macam akan ada bank kat situ. Bila kawasan ni mula naik, mesti ramai orang akan bekerja kat situ dan harga property akan naik sama. DBKL pun pernah datang untuk banci pendapat penduduk untuk bina stesen LRT start dekat area tu.

Unit kat Pantai Hillpark pulak disewa oleh pasangan baru kahwin. Wife keje kat prince court dan husband pulak ada restoran. So, aku rasa diorang takde masalah bayar sewa. Kontrak dari February 2010 hingga January 2011. Unit ni paling ramai prospect cari. Aku advertise dalam mudah sebelah malam. Esoknya berderu-deru dapat panggilan untuk sewa. Ramai jugak pak arab nak sewa. Aku prefer Malaysian jer. Taknak ambik risiko bagi sewa kat middle eastern. Banyak sangat kes dadah. Tenant aku ni minat sangat dengan unit ni. Kalau suatu hari nanti diorang nak beli, aku akan let go jer. Pantai Hillpark ni banyak kemudahan. Sekarang area Kerinchi tu pun dah upgrade..siap rebrand dengan nama Bangsar South..Ada shopping mall baru nama Sphere..Kalu dulu orang akan beli barang2 runcit kat carefour midvalley, sekarang takyah gi mv lagi. Kat Sphere pun ada carefour. Kat depan Sphere tu pulak ada high-end condo nama The Park. Kejap jer value area ni akan naik.

Pasal high-end condo kat casa indah 2 damansara pulak disewa oleh 1 timber company. Diorang sewa short term jer untuk intership student diorang dari netherland seramai 3 orang...3 bulan jer.. Yang bestnya company tu setuju bayar advanve full 3 months rental..aku ambik 2 bulan security deposit and 1/2 month utility deposit...masuk dalam ASB...advance rental tu pulak aku guna utk bayar credit card yg aku guna masa beli perabot utk unit tu...monthly loan installment pulak aku bayar dengan membuat pengeluaran EPF...cuma tambah sikit jer..tak sampai 3 ratus sebulann..Unit ni aku appoint agent untuk cari tenant sebab leceh dan jauh nak bawak prospect gi view...lagipun high-end condo ni biasanya prospect tenant pun yang jenis demand...so nak senang urusan bagi jer agent uruskan..so x perlu serabut otak nak deal dengan diorang...oleh kerana kontrak hanya 3 bulan, komisen agent pun hanya perlu bayar pr-rated 3 bulan...maksudnya...kalau biasa agent akan charge sebulan sewa sebagai komisyen, tapi untuk case ni dia hanya charge 3/12 dari sebulan sewa.

3 minggu lepas aku dah refinance unit casa indah ni untuk dapatkan cash dari appreciated value....selepas 3 tahun unit ni siap dan dapat CF, harga naik sebanyak 27%...aku refinance dengan Affin Bank dan diorang offer margin sebanyak 93% termasuk MRTA...officer ni memang efficient..dia dah remind aku untuk redeem MRTA yang sedia ada bila dah disburse nanti...katanya kalau aku buat tak tahu, insurance company tu pun akan buat tak tahu jugak...Katanya selepas 3 bulan semua transaction akan siap...maksudnya akhir June...lepas tu aku nak venture dalam investment lain pulak ... ada sikit2 related dengan property dan komoditi...hehehe...tapi banyak lagi nak kena study ni...nasib baik ada orang sudi nak kenalkan kat sorang sifu...nanti aku akan kongsi lagi dengan korang..

Takat ni je lah untuk kali ni...lain kali update lagi...dah nampak bersinar sket blog aku ni..hehehe...

Friday, November 13, 2009

Hartawan Kelantan

Hari ni tergerak hati nak share kisah hartawan kelantan seperti yg aku janji dulu..sapa lagi kalau bukan PakNgah ..Beliau ni kawan baik Ayah aku..Ayah aku anggap Pakngah sebagai abang dia sendiri....kalau ada masalah, PakNgah lah tempat Ayah dapatkan nasihat....cerita PakNgah pun banyak aku tahu dari Ayah...Pasal urusan2 rasmi pula, PakNgah akan minta nasihat dari Ayah..Ayah aku dah pencen 3 tahun lepas..dulu cikgu...

PakNgah ni dulu lepas pencen askar beliau kerja sebagai tukang kebun jer...pegi kerja naik basikal...PakNgah berkawan dengan salah seorang ahli politik.. beliau pun minat berpolitik masa tu...kemana kawan beliau bawak berkempen beliau ikut jer...masa tu awal 80an..

Satu hari, kerajaan tawarkan AP(Approved Permit) kepada orang2 melayu yg mampu...modal yg diperlukan ialah RM1juta...dan mesti set up showroom...PakNgah bagitau kawan dia, yang bergelar Tan Sri tu, yang beliau pun minat bisness keta import tapi takde modal....Tan sri cakap boleh tolong apply AP tapi modal kena la cari sendiri...

Puas PakNgah fikir macam2 cara nak dapatkan modal...dengan gaji dia sebagai tukang kebun mana la ada duit RM1juta....beliau ceritakan keinginannya kepada ibunya ...setelah lama berbincang dan berfikir, ibu beliau setuju utk pecahkan lot tanah kat kampung dan cagarkankan kat bank....dari situ PakNgah dapat modal RM1juta dan juga modal bina showroom..

Bisness PakNgah sangat maju...setiap tahun syarikat beliau akan dapat sejumlah AP...biasanya peruntukan AP tu tak cukup dan PakNgah apply lagi....Kata Ayah, kt kelantan ada 9 orang jutawan AP yg sama2 start bisnes dengan PakNgah dulu...diantara syarikat2 tu ialah Aman Razak Auto, Yamud,DMG Holding,WatanMotor...dll. Syarikat PakNgah di bawah Gapemal...Mesti ada yg kenal ni...Gapemal ada 5 syarikat dan pernah dapat 500 AP setahun....wow...banyak gilerrrr....1 AP boleh untung berapa ratus ribu???...satu tahun bleh untung berapa ratus juta????..wow wow...wow... (takleh reveal kang kena marah plak...P&C...hehe)

PakNgah bijak...keuntungan dari bisnes dilaburkan dalam hartanah...beliau beli tanah dan bina rumah2 untuk disewakan..puluhan rumah sewa..ada bungalow..ada rumah teres....beliau banyak beli shoplot kat area kota bharu...maybank pun ada menyewa shoplot beliau..biasalah kalau bank sewa mesti seluruh bangunan dari ground floor sampai tingkat 2...Ada 1 gudang beliau disewakan kepada Jotun sebagai gudang cat jotun...sewa sampai RM10K sebulan...yg aku tahu gudang tu takde hutang dengan bank...woww....1 property dah pasif income RM10k...

Ada 1 tanah yg dibeli oleh PakNgah betul2 di tengah projek highway KB-Pasir Mas...Tanah tu dah dibeli oleh kerajaan..tapi kiri dan kanan jalan masih lagi tanah beliau...sebelah kanan beliau sewakan kepada developer highway sebagai tempat parking jentera2...sebelah kiri masih lagi kosong...mungkin suatu hari nanti PakNgah set up stesen minyak kat situ...ohh kat cheras pun beliau ada sebuah stesen minyak mobil...diurusan oleh menantunya...untung menantu PakNgah...

Shoplot kat depan hospital USM pun beliau ada labur....1st floor sewakan kepada kedai langsir...second floor beliau renovate jadi hostel...ramai doktor2 pelatih sewa...ground floor aku tak ingat kedai apa...nanti balik KB check...

Itu hartanah2 beliau yg aku tau...yg aku tak tau??...tak tau lah kat mana lagi??...berapa biji lagi??...ntah2 kat luar negara....

Yang paling aku suka bila pergi rumah PakNgah ialah barisan kereta di porch mahligai beliau...ada merc CLK...BMW X5..mazda 8..evo...macam2 lagi lah..dan bertukar-tukar....huhh...hebat2...

Pun begitu, PakNgah tetap seorang yang humble..petang2 boleh nampak beliau menjala ikan di belakang mahligainya...itu memang hobi PakNgah...tambah2 musim hujan ni boleh dapat banyak ikan...PakNgahh jenis yang tak suka membazir...especially makanan...beliau nasikatkan supaya jangan membazir makanan supaya murah rezeki...dia pun suka tolong orang susah..orang miskin...dia dah tak berpolitik...pernah ditawarkan jawatan tetapi beliau tolak...

Itulah sedikit sebanyak cerita yg aku tau pasal PakNgah..

Pendek kata Pakngah ni hartawan dermawan...biasanya hartawan memang dermawan kan??..

Dari cerita PakNgah ni kita dapat tahu PakNgah gunakan bisness dia utk generate income...pastu dia laburkan income ke dalam hartanah utk generate more pasif income...sama seperti concept yg Robert Kiyosaki tulis dalam bukunya...

Kadang2 aku terfikir...PakNgah ni kiranya Rich Dad...Ayah aku pulak Poor Dad...dalam buku tulisan Robert Kiyosaki "Rich Dad Poor Dad"...
Apa2 pun aku tetap respect Ayah aku yg selesa hidup sederhana...hutang takde...pencen masuk..anak2 semua dah kerja...kalau rasa nak melancong boleh pakai tiket free MAS pasal adik aku stewardess MAS...tak lama lagi yg bongsu plak jadi pilot MAS...so parent aku takyah pening kepala fikir nak pergi makan angin...

Pun begitu...aku tetap admire Rich Dad...hartawan dermawan...

Saturday, November 7, 2009

Forecast ROI 351% rumah low cost

Mari kita kira forecast profit untuk rumah lowcost sri rakyat bukit jalil ...unit ni aku beli lelong dengan reserve price rm52,650...kadang2 ada je nampak iklan lelong sri rakyat rm48k...rm49k...

Market value unit ni ialah rm60k...unit aku ada table top konkrit..ada orang jual rumah ni dengan harga rm65K hingga rm70K...tengok pada condition rumah..oklah aku ambik MV sama seperti valuer kasi iaitu rm60K...Harga asal 6 tahun lepas ialah RM42K...jadi ini bermakna appreciation lebih kurang 40%...

Modal beli rumah ni ialah RM11K..ini termasuk 10% downpayment, legal fees, kos baikpulih dan deposit tnb..Loan dari RHB termasuk mrta ialah RM48K...installment RM218 sebulan...maintenance campur cukai tanah plak dalam rm40 sebulan...

Aku sewakan pada rate rm450 sebulan...jadi pengiraannya begini...

Purchase price : RM52,650
Loan : RM48,000
Modal : RM11,000

Loan Installment bulanan :RM218
Maintenance + cukai tanah + cukai pintu : RM40

Sewa sebulan : RM450

Positive Cash flow : RM192 iaitu...(RM450 - RM218 - RM40)

Katalah selepas 6 tahun dari sekarang value appreciate 20% menjadikan value rumah RM72K...dan katalah kita refinance rumah ni dapat 90%...kita anggar loan principle dah setel RM8k...menjadikan loan tinggal lagi RM40K...

Value after 6 year : RM72,000
Refinance 90% : RM64,800
Loan balance : RM40,000
Cash yg akan dapat ialah : RM64,800,000 - RM40,000 = RM24,800

Total cash flow selepas 6 tahun pula ialah RM192 x 12 bulan x 6 tahun ...bersamaan RM13,824...

Total profit ialah..
Cash selepas refinance : RM24,800
Cashflow : RM13,824

Campur kedua-duanya dapatla RM38,624 selepas 6 tahun....
ROI selepas 6 tahun pula ialah (Profit / Modal)%
= RM38,624 / RM11,000 %
= 351.13%

Ini bersamaan dengan 58.52% profit setahun....iaitu (351.13% / 6 tahun)...walaaaweyyy....banyak tuuuu.....

Ini pengiraan secara paling conservative...market value selepas 6 tahun aku letak RM72K jer...sedangkan kat belakang sri rakyat ni dah ada plan utk bina stesen lrt star...dbkl dah datang 2-3 kali buat banci pendapat penduduk...in fact sekarang pun dah ada orang jual dengan harga RM70K...so selepas 6 tahun tak mustahil value naik lebih dari RM72K...

Untung 58% setahun dan the best part ialah rumah ni adalah freehold...Ni baru rumah low cost...medium cost dan high cost lagi syiook forecast....bleh nampak unrealised profit...bila tiba masa yg sesuai realised kan saja profit tu....

Tuesday, November 3, 2009

Inspect dan cari defect rumah

Kali ni aku nak share experience mencari defect rumah baru...biasanya utk rumah yg beli daripada developer, kita akan dapat tempoh 18 bulan utk kita complaint apa2 defect. Tapi jangan la tunggu sampai 18 bulan baru nak complaint...lama2 diorang pun boleh argue samada defect tu disebabkan oleh kita sendiri atau developer....jadi untuk mengelakkan situasi2 yg menyusahkan, eloklah kita cari defect tu awal2...
Hari Sabtu lepas selesai urusan kemasukan penyewa baru kat sri rakyat, aku bawa parent dan anak buah ke Casa Indah 2. Sebelum bertolak aku pastikan barang2 ni dibawa;
1) Kapur tulis warna (alaa...kapur tulis yg cikgu guna kat papan itam tu..beli kat stationary lapan posen jer..kalau ada anak atau adik yg masih sekolah minta la diorang ambik sebatang..hehehe...)
2) Sticker yg warna floresent...pilih warna yg senang nampak
3) Camera
4) Defect form
5) Charger handphone atau ubat nyamuk eletrik (nak buat apa ni????...)
6) Pen & notebook

Cara nak tanda defect ialah dengan membulat kat kawasan defect dengan kapur, tulis nombor defect pada sticker, tampal stiker kat kawasan defect, tuliskan jenis defect kat defect form dan last skali ambik gambar supaya kita rekodkan keadaan sebelum repair...
Mulakan inspection dari ruang luar pintu masuk utama..kat situ biasanya tempat letak almari kasut...walaupun ruang tu di luar pintu, tapi consider sebagai ruang rumah kita juga...periksa setiap corner dan bucu2...

Lepas tu teruskan pemeriksaan ke bahagian living room,balcony, master room, bilik air master room, 2nd room, 3rd room, bilik2 air lain, dry kitchen dan wet kitchen. Perkara yg perlu diteliti ialah dinding, pastikan simen dinding yg comot dan tak rata atau terserpih dan cat yg comot...corner atau bucu2.....keliling power point sepatutnya kemas...skirting....lantai...lantai tile pula seeloknya check satu-satu...ruang antara tile..kalau ada lubang-lubang pastikan tanda tempat tu...ketuk2 tile dengan tangan macam ketuk pintu tu...kalau bawah tile ada ruang kosong bunyi dia lain macam...tak padat...boleh complaint...

pastu check tingkap dan sliding door...biasanya ada rubber kat keliling cermin tingkap...tandakan kalau tak rata atau terkoyak...cuba buka dan tutup tingkap dan sliding door beberapa kali...pastikan tiada ruang apabila sudah tertutup...periksa cermin kalau2 ada yg terserpih atau pecah...

Dalam bilik air...periksa tekanan air bagi semua pili termasuk shower..periksa sekeliling sinki dan mangkuk tandas...periksa juga siling, lantai dan dinding...cuba pam tandas...pastikan tekanan air yg masuk semula ke tangki pam..
Untuk periksa power point pula, boleh cuba dengan charge handphone...kalau takut phone rosak, bawa la alat elektrik yang senang dibawa contohnya ubat nyamuk eletrik yg ada lampu tu....kalau rosak disebabkan power point tu pun takde la mahal sgt...

Jangan lupa pintu2 dan frame pintu...cuba buka dan tutup beberapa kali...pastikan tiada ruang bila pintu ditutup...kunci berfungsi...periksa frame pintu...terutama frame pintu di bahagian lubang lock...kadang2 frame crack disebabkan gerudi skru...

Bila semua dah periksa, boleh la hantar defect form kepada developer dan tanya berapa lama diorang ambil masa untuk repair supaya senang kita follow up....

Sebelum balik aku sempat singgah level 5 Casa indah...club house....dengan swimming pool yg luas dan taman bunga yg menghijau.... nyaman betul..











Monday, November 2, 2009

Aktiviti hari Sabtu

Pagi sabtu aku pergi auction HB kt Grand Continental... tak ramai orang...ada 59 buah rumah utk dilelong...18 biji called off...tujuan aku gi auction tu just nak tengok sambutan sebiji condo yg aku target nak beli nanti...huhh tak sangka ramai betul bidder...11 orang..ada chinese...melayu dan india....maknanya rumah yg aku target ni memang hot...starting price RM279K...last bid RM355K...menang kat sorang chinese.aku dah check market value dengan banker...katanya RM360K...ler...dah dekat sgt dengan MV...tapi kalau tengok dalam iproperty atau thinkproperty, real estate price dalam RM380 hingga RM400K....patut la tokey cina tu berani ambik...Aku x tunggu lama..habis unit tu jer aku terus balik rumah sebab ada janji dengan prospect tenant baru nak masuk rumah Sri Rakyat Bukit Jalil...

On the way balik aku call prospect tenant tu...lelaki..katanya nak tinggal 2 beradik dengan adik dia yg baru start kerja..dia keje kat u-mobile..okla...keje kat tempat yg bagus...sewa harap2 takde masalah...Tenant yg lepas sebenarnya seorang pakcik yg dah tua...rupanya anak dia carikan rumah untuk dia...tapi tak tinggal sama2...kesian pakcik tu....lepas tu anak dia dapat cari rumah yg lagi murah...so dia nak pindahkan pakcik ke rumah murah tu...ada pulak dia sewakan rumah utk ayah dia tinggal sorang2....kenapa tak jaga ayah sendiri...iskk..malas nak fikir...mungkin diorang ada masalah tersendiri....

Pukul 12 tengahhari budak tu sampai..muda lagi..umur 26tahun....lepas tengok seluruh rumah..test air..test lampu..test kipas...dia terus bersetuju nak sewa...dah siap bawa deposit sebulan, deposit api air dan sewa bulan November..semuanya RM1000....dia minta utk masuk hari tu juga..takde masalah...rumah pun bersih....Aku memang dah bawa buku resit...so terus collect duit dan bagi kunci...aku minta dia fotostat ic utk buat tenancy agreement selama setahun...settle urusan rumah ni...tenant lama keluar hari khamis...hari sabtu dah dapat tenant baru...bagusss....tak rugi sewa...by the way rumah ni belum start bayar installment kat bank lagi...collect duit free je la ni...hehehe...

Sebenarnya parent aku aku kat KL weekend ni..Mama seronok betul tengok urusan kemasukan tenant ke rumah sewa Sri Rakyat...Petang nak bawa diorang pergi casa indah pulak...buat inspection seperti yg dah dirancang...

Tuesday, October 27, 2009

Casa Indah 2 - Collect key

Sabtu lepas aku dah pergi collect kunci rumah casa indah 2. Appointment pukul 9:30am tapi pukul 10:30am baru sampai sana pasal last minute gi fetch sorang member...boring jgk kalau gi sorang2...at least ada orang lain tolong cari defect..On the way nak ke damansara tu aku call kak rokiah nak inform sampai lambat. Dia cakap okay jer tapi bukan dia yg akan buat joint inspection dengan aku...tapi orang dari maintenance office...

Sesampai kt maintenance ofis, aku hulur appointment letter. Aku mintak maaf sebab lambat. Dengan tak semena-mena mamat ni marah kat aku...naik angin pulak.Marah sebab lambat. Aku cakap dah inform kak rokiah dan dalam appointment letter tu takde no tel maintenance ofis. Kot yer pun watpe nak naik angin plak....dia pun bleh je nak call aku pasal dia ada copy letter tu..ada nombor tel aku dalam tu....amenda laa...benda boleh tolak ansur pun nak kecoh.Aku cakap cancel aje appointment hari tu pasal aku taknak joint inspection dengan mamat sengal tu...tapi ada sorang kerani minta orang lain ganti...nama Shah....

So Shah dan sorang wakil main contractor nama Din bawa kami. Aku perhatikan kiri kanan dah ramai yg dah pasang grill warna putih.Menurut Shah, grill dan pintu utama mesti standard....aku pun setuju dgn syarat macam tu sebab kalau grill pelik2...1 rumah grill bunga2...1 rumah grill kotak besi mcm penjara...1 rumah grill sempoi..nanti nampak tak cantik...tak standard......lain ler bungalow...masing2 nak ada plan sendiri...design sendiri...

Bila Shah buka pintu, aku melangkah masuk dengan kaki kanan .... Bismillalhirahmanirahim...Alhamdullillah..ni la rumah pertama aku beli dari developer 2 tahun lalu...Terus aku meluru ke tingkap living room dan balcony...dari level 9, boleh nampak Tropicana Golf & Country resort dan Seri Selangor public golf resort...padang golf menghijau...ada rumah2 bungalow tropicana resort tu...setiap rumah ada kereta2 mewah...

Berdekatan pagar casa indah pula ada sungai...menurut Shah, Dijaya Corp ada plan utk cantikkan sungai tu..sekarang ni tak berapa cantik...ada burung2 bangau lepak2 dalam sungai cari makan....maknanya sungai tu bersih...

2 biji aircond dah install..1 kat living room dan 1 kat master room...seluruh rumah ni nampak lebih luas drpd show house...mungkin sebab kosong...lepas tu masuk ke master room...bilik air master room besar...lepas tu gerak ke bilik kedua...ke dry kitchen dan wet kitchen...kat wet kitchen ada satu bilik kecik...kata Shah, ramai owner pecahkan bilik kecik supaya wet kitchen lebih luas...

Kali ni aku tak inspect secara detail...hanya ada 4 defect jer yg memang obvious...(1) frame pintu bilik master dan bilik kedua ada crack disebabkan skru yg diorang guna utk pasang lubang lock tombol...(2)Dinding bilik kedua cat tak rata..(3)Salah 1 end skirting tak kemas...(4)Cat comot kat one tiny area kat dinding living room.

Lps tu kami ke maintenance office sekali lagi, sign beberapa borang...Shah hulurkan kunci dan terangkan setiap satu kunci tu.....aku kira dan tick bilangan kunci dalam handover form...ada 2 set access card..2 sticker.. 2 remote aircond...dan 1 booklet house rules...

sebelum balik kami singgah naik level 15...ada show unit yg di renovate oleh contractor luar...katanya dah 34 biji rumah dia dah renovate kat blok A....tak tau ler betul ker tak....yg penting aku nak kena cari at least 3 quotation utk renovation nanti...

Gambar x snap...next saturday aku nak gi sana lagi utk buat thorough inspection..nanti aku ambik gambar post kat sini...

Tuesday, October 20, 2009

RHB islamic sucksss....tak boleh harap...

Sakit hatiiii.....sakit hati sesangat dengan RHB islamic....hari ni lawyer call..katanya belum dapat lagi dokumen dari rhb...dah follow up banyak kali sejak 2 bulan lepas...lawyer dah takde jalan lain selain minta aku as client call rhb sendiri...

bila aku contact budak sales yg aku deal dulu tanya status loan aku...macam biasa akan cakap..."insyaAllah i akan check secepat mungkin..."...aku dengan bengangnya balas balik kalau dia tak reti nak follow up, aku bleh follow up sendiri..aku minta nombor telefon officer rhb yg incharge legal dokumen...bila aku call officer tu dia cakap kes aku pending valuation report...

aku mintak pulak nombor telefon valuer...orang yg handle value rumah aku cuti...aku tanya kalau minah tu cuti kes aku terbengkalai macam tu aje ke??...kalau orang tu mati cemana plak???...adussss....dah 2 bulan takkan xleh g buat valuation lagiii....sama lembab dengan rhb..patutnya rhb follow up dengan valuer dia.....dia janji akan buat esok...esok aku kena call lagi...

semalam plak aku terima surat insuran MRTA dari MAA takaful...dalam surat tu mentioned insurance aku rm1600++....dalam letter offer RHB plak RM1300++... terpaksalah aku call MAA takaful plak...diorang cakap rbh salah quote...iskkkk....bangang punya rhb islamic...

aku call lagi budak sales tadi...macam biasa ayat dia..."insyaAllah saya akan check dengan credit controller secepat mungkin..."...dia ingat aku percaya cakap dia kot....aku sound dia balik...aku kata kalau rhb salah quote...rhb lah bayar amount yg tak cukup tu kat MAA takaful...takkan aku plak nak bayar...bukan aku yg salah....

tak lama lepas tu budak sales tu call lagi...ni hal lain plak...dia kata esok valuer akan gi buat valuation so kena bayar rm450....lerrrr.....dulu cakap bank absorb semua kos kecuali legal fees...ni dah lain plak...cinabeng btol...memang x bleh pakai la budak ni.....aku memang serik dah dengan rhb islamic.....ahhh...bukan rhb islamic jer...semua rhb lah....x boleh harapppp....menyusahkan customer....due date utk setel urusan auction property ni 120hari....12hb Nov ni genaplah 120 hari.....aku dapat rasa yg aku akan kena interest dari pihak bank lelong.....

ni baru kes rumah low cost...nasib baik rumah lain aku x loan dari rhb....

So...nasihat aku jangan la deal dengan rhb....jangan cari penyakit...

By the way....budak sales yg aku deal tu dari branch Kelana Jaya...tak boleh harap...